Abstract: DARAH PENYAMBUNG NYAWA ialah sebuah buku yang menjelaskan sistem peredaran darah manusia dengan cara yang menarik dan mudah. Buku ini membincangkan darah dan komposisinya, penghasilan dan penguraian darah dalam tubuh manusia serta jenis kumpulan darah utama manusia. Topik berkaitan pendermaan darah juga dikupas untuk memberikan gambaran sebenar tentang perjalanan proses pendermaan darah termasuk proses pendermaan darah, penyediaan komponen darah, peranan penderma darah, proses transfusi darah, komplikasi transfusi darah, alternatif kepada transfusi darah serta bahan pengganti darah. Selain itu, buku ini turut memberikan jawapan terhadap pelbagai tanggapan negatif yang menyelubungi minda masyarakat terhadap pendermaan darah. Buku ini juga amat istimewa kerana turut membincangkan permasalahan transfusi darah daripada perspektif Islam dan sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar bidang perubatan dan sains kesihatan, pelajar sekolah, serta orang awam yang berminat untuk menambah pengetahuan tentang darah manusia.
No Comments.